fbpx

Nak daftar anak masuk tadika mana? Jom baca tips ini dulu.

Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 bulan sahaja lagi tahun 2018 bakal meninggalkan kita. Sebagai ibu bapa pula ada juga yang sudah mula mencari dan memilih tadika mana yang sesuai dan tepat nak hantar anak masing-masing tahun depan. Bukan je mak ayah yang pertama kali nak hantar anak masuk tadika pening kepala nak fikir. Yang dah pernah hantar pun sibuk survey sebab nak tukar tadika anak.

Faktor-Faktor Pemilihan Tadika Yang Perlu Diambil Kira

 

Di bawah saya senaraikan beberapa kriteria umum yang perlu mak ayah pertimbangkan sebelum buat keputusan tadika mana nak pilih.

 

1. Guru Bertauliah

Pastikan guru-guru tadika adalah yang bertauliah dan ada kelayakan minimum untuk mengajar kanak-kanak. Mengajar murid tadika ni tak sama macam mengajar orang dewasa. Guru-guru perlu tau macam mana nak handle kanak-kanak. Disamping tu perlu ada sifat ikhlas, lemah-lembut, penyayang dan memahami fitrah anak-anak.

Jadi guru tadika sangat-sangat menuntut kesabaran yang tinggi. Macam mana nak tau guru-guru ni ok ke tak? Buat lawatan ke tadika. Kalau boleh bawa anak sekali.

Tanyakan apa-apa soalan yang kita nak tau sambil-sambil tu cuba tengok macam mana cara cikgu-cikgu ni bercakap dan jawab soalan kita. Tengok juga macam mana cikgu-cikgu cuba approach anak kita. Sebagai cikgu tadika tak boleh cold. Kena ramah mesra dan pandai ambil hati budak-budak.

Ohh jangan lupa, pastikan juga tadika berdaftar dengan pihak berwajib.

 

2. Konsep Dan Kurikulum Pembelajaran

Sekarang ni ada macam-macam jenis tadika. Ada yang menekankan English medium , Mandarin medium, konsep Montessori, tadika franchise, pusat perkembangan kanak-kanak, Pasti Islam, Tadika Perpaduan dan sebagainya.

Ada yang memberatkan kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira), ada yang berkonsepkan playschool, ada yang menekankan lebih kepada pendidikan Islam dan sebagainya. Ibubapa perlu tau apa yang nak ditekankan kepada anak sebelum pilih mana-mana tadika.

Pada pendapat saya untuk anak yang masih kecil macam 3 dan 4 tahun, pilihlah tadika yang menekankan konsep fun learning ataupun play learning. Sambil main diorang boleh belajar. Jangan terlalu bebankan diorang dengan buku-buku.

Sebab masa umur macam ni anak-anak masih di peringkat nak explore macam-macam. Anak-anak yang dipenuhi fitrah kanak-kanaknya selalunya mempunyai jatidiri yang lebih kuat, lebih pandai berfikir dan lebih bijak.

 

3. Medium/ BahasaPengantar

Ada tadika yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia dan ada juga Bahasa Inggeris. Ada juga yang nak hantar anak ke tadika Cina sebab nak anak pandai cakap Mandarin. Kalau tadika berkonsepkan islamik, boleh dapat pendedahan kepada Bahasa Arab. Boleh lah pilih mana yang berkenaan di hati.

 

4. Keadaan Tadika

Selamat:

Pastikan tadika yang dipilih adalah selamat. Lokasi tadika mestilah di kawasan yang baik dan bangunan tadika mestilah berkeadaan baik. Ada tadika yang beroperasi daripada rumah dan banyak juga yang beroperasi di bangunan kedai (shop lot). Pastikan pihak tadika ada sediakan emergency exit untuk selamatkan diri kalau berlaku kejadian kecemasan.

Macam saya, lebih suka pilih tadika yang beroperasi di rumah dan ada kawasan laman.

Bersih:

Pastikan persekitaran luaran dan dalaman premis tadika adalah bersih, pengudaraan baik dan tak hapak atau busuk. Ini penting supaya anak kita boleh belajar dengan tenang dan selesa. Cuba jenguk laman, peralatan, dapur dan tandas tadika adakah dijaga dengan baik.

Penyelenggaraan:

Pastikan samada premis dijaga dan diselenggara dengan baik.  Cuba tengok bangunan nampak usang dan banyak rosak ke? Perabot dan peralatan adakah masih dalam keadaan baik atau dah kusam, buruk atau rosak? Adakah hiasan dalaman dan luaran tadika nampak menarik atau tak?

 

5. Makanan

Halal:

Kalau pemilik tadika adalah Muslim kita tak perlu risau bab makan tapi kalau hantar ke tadika yang pemiliknya bukan Muslim, lebih baik pastikan dulu dengan pengusaha tadika adakah diorang boleh sediakan makanan yang halal.

Tapi kalau diorang tak jamin boleh sediakan makanan halalan toyyiban seperti yang kita harapkan, ibubapa mungkin perlu sediakan bekal untuk anak. Walau macam mana pun perlu ingat, lumrah anak-anak mesti nak makan sama macam apa yang kawan-kawan dia makan.

Kesian pulak nanti kalau kawan-kawan lain semua makan benda yang sama tapi dia sorang je makan benda lain. Mungkin boleh sediakan bento yang menarik dan ikut menu tadika.

Menu Makanan:

Ambil tahu juga apa makanan yang disediakan tadika dan berapa kali anak-anak diberi makan. Adakah makanan yang disediakan tu berat atau ringan, dimasak baru atau dipanaskan, berkhasiat dan seimbang atau makanan segera dan sebagainya. Sebolehnya kita tak nak anak diberi makan benda yang merapu-rapu kan?

 

6. Ratio Pelajar Dan Guru

Kalau ikut pemerhatian saya, tadika yang yurannya murah selalunya lebih ramai anak murid. Nak-nak pulak kalau tadika tu konsep pembelajaran dia memang bagus. Berebut mak ayah nak hantar tapi tempatnya terhad. (Tak semua dan tengok kawasan juga).

Tadika yang mahal ni selalunya kurang sikit anak muridnya. Maklumlah yuran pendaftaran pun dah macam yuran semester kat universiti. Tak kisah lah mahal atau murah tapi pastikan berapa ratio anak murid bagi seorang guru dalam kelas.

Kalau anak kita umur dah 5 dan 6 tahun, pandai berdikari dan uruskan diri sendiri, mungkin tak perlu risau kalau perlu duduk dalam kelas yang ramai anak murid. Tapi kalau anak kita ni kecil lagi macam usia 3 dan 4 tahun ataupun anak kita adalah anak istimewa, kita mungkin nak cari kelas yang lebih kecil supaya cikgu boleh beri lebih perhatian kepada anak.

 

7. Lokasi

Pilihlah tadika yang berada di lokasi yang mudah untuk ibubapa hantar dan ambil anak sekiranya berlaku keadaan emergency. Boleh pilih yang berdekatan dengan tempat kerja. Lagi best kalau pihak syarikat ada sediakan sebuah tadika dan taska khas untuk anak kakitangan.

Selalunya ramai orang pilih yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal. Sebelum pergi kerja, boleh hantar anak pergi tadika dulu.

 

8. Yuran

Yuran tadika ada yang mahal, sederhana dan ada yang murah. Kalau ibu bapa bekerja mesti nak ambil servis ‘daycare’ sekali. Kadang-kadang tadika ada sediakan extra curricular class, ibubapa boleh pilih nak enroll anak atau tak.

Selain tu, perlu juga ambil kira kos pengangkutan kalau anak ke tadika dengan van atau bas sekolah. Ataupun kalau ambil dan hantar anak ke tadika sendiri, berapa anggaran kos minyak. Kalau jarak antara tadika, tempat tinggal dan tempat kerja jauh-jauh, dan jalan yang dilalui selalu traffic jam, perlu ambil tahu berapa charge sejam yang dikenakan tadika kalau lambat ambil.

Ini baru untuk seorang anak. Kalau ada ramai anak kecil berderet-deret, ibubapa perlulah buat kira-kira untuk pertimbangkan tadika mana yang sesuai. Yang penting, ikutlah kemampuan kewangan keluarga masing-masing.

 

Ibu Bapa Adalah Guru Pertama!

 

Semua ibubapa nak anak mereka jadi orang yang hebat dan berjaya. Adakah tadika terbaik menjamin kejayaan anak? Mungkin.

Pendapat peribadi saya rumah adalah sekolah pertama anak-anak. Dan ibubapa lah cikgu pertama mereka. Tak kisah lah tadika murah atau mahal, konsep mat saleh atau tadika kampung dan sebagainya. Tapi ibubapa tak sepatutnya melepaskan sepenuh 100% tanggungjawab mendidik kepada cikgu.

Ini kerana kebanyakan masa anak adalah di rumah. Carilah tadika terbaik sekalipun tapi peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam membentuk peribadi dan mempengaruhi kejayaan anak. Oleh itu, jadilah ibubapa role model terbaik dengan memberikan contoh dan didikan terbaik yang berterusan hingga anak besar. Tekankan lebih kepada pembentukan akhlak yang baik.

Sebab anak yang berakhlak mempunyai jatidiri yang lebih kuat, lebih pandai bezakan yang baik dan yang buruk, dan lebih pandai bawa diri. Berbanding dengan anak yang berilmu tinggi tapi tidak berakhlak, mungkin ilmunya terbazir saja jadi sia-sia. Ok, happy school hunting! ?

P/s: Pendaftaran Greenie Kids 2019 sudah dibuka tau, so apa tunggu lagi? jom daftarkan si comel anda ke tadika Greenie Kids. Klik di sini untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut 🙂

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *