“Perniagaan TADIKA adalah satu bisnes yang memberi keuntungan dunia dan akhirat kepada pemiliknya.”
PERCAYALAH !
Ramai yang tidak tahu perbezaan bisnes TADIKA vs TASKA. Terdapat perbezaan yang ketara. Bukan sahaja dalam amalan rutin harian malah dari segi keuntungan $$$ juga teramat banyak perbezaannya.
Teruskan membaca jika anda ingin menjadi BUSINESSWOMAN atau BUSINESSMAN yang BERJAYA.
Ada keinginan menceburi perniagaan TADIKA.Tapi, tak tahu bagaimana nak mulakan. Juga, tak der keberanian nak laburkan modal yang banyak !!!
|
Dah lama fikir nak ada TADIKA sendiri. Tapi, belum ada keyakinan yang padu untuk buat keputusan. Takut tersalah percaturan. Sebabnya, tak der pengalaman langsung nak handle TADIKA. Lagi pun saya dah lama menganggur. Jawatan ‘suri rumah’ tu macam dah nak sebati dengan hidup. Takut nak mulakan langkah yang berbayar ni. Cuma ada minat jer. Tapi, tak tahu lak nak belajar dengan siapa. Tak ramai nak share dari A to Z.
Mana ada orang nak share ilmu kendali TADIKA. Kan tak pasal-pasal jadi pesaing dia. Gigit jari la !!!
Kadang-kadang terfikir nak buka bisnes bila teringat beban berkerja dengan orang. Dah tak tertanggung nak pikul. Nak hadap jem pagi dan petang pun satu hal. Bila sampai rumah dah penat. Kemudian, dengar anak meraung dan menangis. Rasa kita pun sama nak meraung dan menjerit. Biar satu dunia tahu yang kita kepenatan.
Masa yang sepatutnya boleh bersama dengan orang tersayang jadilah angan yang tak sudah. Macam tajuk lagu lak. Hihi …
Tanggungjawab seorang emak mesti dilaksanakan. Makan malam kena juga sediakan. Tak kan nak biarkan anak dan laki kelaparan. Tapi, masalahnya nak tengok dapur pun dah rasa penat.
Macam mana nak lalui setiap hari? Rasa macam nak pencen awal lak. Nak bebas dengan masa bekerja !!!
Atau, dalam situasi 2 …
TADIKA dah beroperasi beberapa tahun, tapi banyak MASALAH nak kena hadap. Boleh dikatakan setiap tahun ia berulang.Hemm.. Tak habis-habis !!!
|
Sudah mempunyai TADIKA tetapi masih yang biasa-biasa. Banyak masalah perlu dibaiki terutama pentadbiran dan pengurusan yang belum bersistematik. Modul pembelajaran anak-anak TADIKA masih lagi menggunakan buku-buku yang ada dijual di pasaran.
Guru-guru pula kehabisan idea hendak menyediakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang teratur dan tersusun. Kadang-kadang, pengusaha terlibat sama bertungkus lumus menyediakan P&P. Bayangkan bagaimana perlu dilalui dalam penyediakan P&P selama 11 bulan setiap tahun. Belum lagi nak fikir event bersama ibu bapa dan kanak-kanak. Yer ker kena buat aktiviti selain sukaneka dan hari anugerah?
Ehh.. Banyak lagi aktiviti yang memberi manfaat bersama. Kalau boleh sebulan sekali ada jer aktiviti atau event dengan mereka !!!
Ini belum cerita bab guru-guru yang silih bertukar ganti. Tiada sistem yang tertentu untuk perlatihan mereka. Ini menyukarkan kepada pihak pengurusan. Dari awal tempoh perlatihan sehinggalah kepada pengesahan kerja, tiada pengkhususan kerja ditetapkan dengan baik.
Akhirnya, Leader pening kepala nak urus pekerja-pekerjanya !!!
Buku Polisi Pekerja atau Syarikat, Surat Tawaran Kerja dan Surat Pengesahan Kerja belum ada. Yang kritikal menjadi masalah adalah perkara yang berkaitan dengan cuti (cuti tahunan, cuti am, cuti kecemasan, cuti MC, dan cuti ehsan). Tidak pasti berapa peruntukan hari pada setiapnya. Pekerja jadi keliru disebabkan Leader tidak jelaskan dengan baik semasa awal mereka bekerja. Maka, bertambahlah pening kepala si Boss ni nak kendali masalah pekerja yang keluar dan masuk.
Buat bisnes jangan kena saman dengan agensi-agensi kerajaan. Tahu apa yang kena buat dan tak boleh buat !!!
Emosi dan semangat BOSS yang turun naik pun satu hal. Sekejap nak buat itu. Sekejap nak buat ini. Tak lama mana pun. Beberapa hari dah malas dan muak. Terlalu banyak nak buat. Tak terbuat dek dua tangan. Begitu juga jika bergerak secara keseorangan. Ia akan lebih menyukarkan nak recharge tenaga. Kawan-kawan tertentu sahaja yang memahami. Jika ada yang faham di antaranya, mereka pula sibuk dengan kerja hakiki. Alih-alih hanyut dengan perasaan sendiri.Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Circle yang positif amat penting bagi memastikan kita lebih terarah kepada IMPIAN yang hendak dicapai !!!
Visi dan misi selalu diabaikan oleh pengusaha bisnes. Kebanyakan buat bisnes dulu. Visi dan misi ke laut. Inilah perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum nak setting bisnes. Agar, jelas ke mana nak bawa perniagaan atau syarikat. Kerja yang kita buat bukan main-main. Biarlah penamatnya, ada satu sumbangan kepada orang yang berada di sekeliling kita. Mereka mendapat manfaat daripada perniagaan atau syarikat yang diwarisi.
Inilah kerja-kerja untuk legasi amal. Menjadi target yang perlu dicapai sebelum kita pergi ke alam seterusnya !!!
Timeline perniagaan dan hidup belum jelas. Belum buat unjuran untuk 3, 5, dan 10 tahun. Tak tahu macam mana nak buat. Tak der orang nak guide macam mana nak buat unjuran ni. Sedangkan timeline ni perlu dilihat setiap hari supaya semangat selalu mencanak naik. Hati menjadi lebih yakin untuk meneruskan perjuangan dalam bisnes ni.
Berapa RM jualan tahunan yang hendak dicapai menjadi pencetus kepada semua tindakan-tindakan yang lain !!!
Urus kewangan satu hal lagi. Pemilik bisnes menjadi ‘perompak’ kepada duit jualan. Tiada gaji khusus diperuntukan kepada boss. “Duit bisnes duit boss”. Itulah penyebab kepada aliran duit tidak sihat. Selalu sakit setiap bulan. Dah lah duit yuran bulanan pelajar banyak yang tertunggak. Bertambah-tambah nilainya setiap bulan.
Dah jadi macam pusat kebajikan TADIKA ni. Senyum dalam sendu. Redha sajalah. Itu jer rezeki yang dapat !!!
Apa pun situasi anda, satu tindakan perlu dibuat bagi perubahan hidup yang LEBIH BAIK daripada sekarang ini …
Kenapa banyak yang gagal daripada yang berjaya?
|
Terdapat banyak sebab kenapa kegagalan mengurus institusi TADIKA. Antaranya adalah seperti berikut:
-
Tidak mempunyai modul pembelajaran yang mantap untuk meyakinkan ibu bapa sebagai kriteria penting bagi institusi TADIKA dalam senarai pemilihan mereka.
-
Tidak yakin untuk mengendalikan emosi pelanggan samada berurusan dengan ibu bapa atau pekerja.
-
Kurang pengalaman mengendalikan pekerja atau guru.
-
Kurang bajet atau kurang pengetahuan dalam pemasaran perniagaan.
-
Sistem pengurusan kutipan yuran bulanan daripada pelanggan tidak secara sistematik.
-
Kurang pengalaman dalam pengurusan kewangan (duit masuk dan keluar).
-
Lemah dalam pengurusan dalam menganjur aktiviti bersama ibu bapa dan kanak-kanak setiap bulan.
-
Lemah dalam pengurusan dokumen-dokumen penting seperti:
– Maklumat pelajar
– Maklumat pekerja
– Agensi yang terlibat dalam proses kululusan lesen perniagaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), BOMBA, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Kementerian Kesihatan Malaysia
– Dokumen KWSP dan PERKESO
Adakah anda berada di salah satu senaraian di atas?
Jika “YA”, ada baiknya anda teruskan bacaan di bawah ini...
Kegagalan ramai orang adalah disebabkan mencuba tanpa ada pengalaman atau ilmu yang tidak cukup. Masakan, hendak bertanyakan atau bergurukan dengan orang yang tahu pun tidak. Hanya sekadar tengok-tengok orang buat. Kemudian, buat congak-congak pula dengan menggunakan formula sendiri.
Akhirnya, bukan hanya duit yang dilaburkan lenyap dengan begitu sahaja, malah emosi turut menjadi lemah dan tidak bertenaga. Tiada sedikit pun yang tersisa!
Semua orang ingin berjaya. Dan, biarlah kejayaan yang hendak dicapai itu adalah yang terbaik boleh kita capai.
Bagaimana nak mulakan perniagaan ini?
|
Modul Greeniekids menampilkan pakej penyelesaian kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki institusi TADIKA sendiri.
1 | |
2 | Pengurusan admin (pentadbiran) |
3 | Pengurusan HR (sumber manusia) |
4 | Pengurusan pemasaran |
5 | Pengurusan kewangan |
6 | Pengurusan customer service dan sale (khidmat pelanggan dan jualan) |
7 | Sistem pembayaran yuran atas talian |
8 | Group coaching bulanan |
9 | Bimbingan kelulusan lesen perniagaan |
10 | Perlatihan modul Greeniekids kepada guru-guru |
Orang kata, nak memulakan itu senang tapi yang susahnya apabila hendak bertahan dan menghabiskannya pada garisan penamat. Di manakah garisan mula dan di manakah pula garisan penamat? Apa yang perlu ada untuk memulakannya dan apa pula persediaan untuk ke garisan penamat?
Kebanyakan perniagaan yang dibangunkan perlu bertahan di pasaran selama 3 tahun. Jika mampu bertahan, ia adalah perniagaan yang berpotensi untuk berdaya maju. Namun, ia perlu mempunyai pelbagai strategi perniagaan dan sistem yang cekap bagi memastikan terus bertahan serta menyaingi pesaing.
Ada orang mengambil masa 10 tahun untuk berjaya. Tapi, ada yang boleh berjaya hanya dengan 3 tahun sahaja. |
Berniaga berpuluh-puluh tahun pun belum tentu ada jaminan untuk bebas daripada ‘bekerja dengan syarikat’ kita jika tidak kena pada caranya.
Yang kita nak adalah biarlah ‘syarikat yang bekerja’ dengan kita. Barulah ada kebebasan masa.
Apakah yang membezakan mereka ini?
Jawapannya tentu sekali tentang KEBIJAKSANAAN pada TINDAKAN. Buat dengan ada ilmu dan dapat bimbingan pula daripada orang yang lebih arif adalah kunci kepada KEJAYAAN.
Ramai yang tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Jadi, ramai yang buat tanpa tahu samada betul atau tidak. Perkara-perkara ini membawa kerugian yang BESAR kepada Boss jika buat perkara yang salah.
Bahawa kita sentiasa …
-
Lupa tentang tenaga dan kesihatan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
-
Lupa tentang wang ringgit yang sepatutnya disimpan atau dilaburkan untuk menjamin kehidupan yang lebih terjamin.
-
Lupa tentang masa yang berlalu tidak akan sesekali diputar semula.
Peratusan kebarangkalian buat salah adalah sangat kecil jika seseorang itu tahu apa yang ‘perlu’ dan ‘tidak perlu’ dibuat dalam bisnes.
Yang manakah pilihan anda?
Kenapa kita perlu mengambil masa berbelas atau berpuluh tahun untuk mencipta kejayaan. Kenapa kita perlu melalui jalan yang sukar sedangkan jalan yang mudah terbentang di depan mata. Jalan kejayaan ini telah dilalui oleh seseorang dan dia telah meninggalkan jejak-jejaknya. Kenapa tidak dijejak sahaja jalan-jalan ini. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan langkah atau kayuhan yang dibuat.
Teruskan bacaan anda jika anda masih berminat dengan penubuhan institusi TADIKA!
Kalau kita lihat di sekeliling kita banyak TADIKA bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan turun. Yang rata-rata mempunyai keunikannya tersendiri. Kita raikan dalam persetujuan kebersamaan untuk niat yang satu, iaitu menyediakan platform kepada anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun yang ingin memulakan langkah sebagai pembelajaran pertama mereka.
Empat jam masa diperuntukkan untuk kanak-kanak belajar. Mereka perlu menguasai 4M- membaca, menulis, mengira dan mena’kul. Juga, mereka perlu menguasai beberapa tunjang perkembangan yang telah digarapkan dalam KSPK. Ia telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua ini merupakan syarat wajib yang mesti dilaksanakan bagi sesuatu modul pembelajaran di institusi TADIKA. Kanak-kanak kemudiannya dijaga dan diberi pengukuhan jati diri pada masa yang berbaki.
Bilakah masa yang sesuai untuk anda mulakan TINDAKAN?
Kami tahu anda sangat komited untuk ubah diri menjadi orang yang LEBIH BERJAYA. Kejayaan tidak akan datang bergolek dengan senang tanpa ada tindakan yang komited dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Untuk memulakan tindakan, kami ingin membantu anda dengan menghadiahkan dengan ebook. Ia merupakan satu gambaran keseluruhan berserta SENARAIAN yang perlu ada untuk urus TADIKA dengan lebih baik. Ia juga merupakan permulaan kepada langkah yang seterusnya.
Pengalaman lebih kurang 15 tahun dalam pengurusan awal pendidikan kanak-kanak menjadikan kami lebih kuat dan berani dengan . Kami pernah jatuh dan bangkit beberapa kali dalam membangunkan dan mempertahankan TADIKA milik kami. Turun dan naik menjadi adat dalam perniagaan. Namun begitu, adalah lebih baik jika kita tahu apa yang perlu dibuat ketika berada di bawah atau di atas.
Tekan pautan ini untuk kami hantar HADIAH !!!
Pengalaman ini membentuk satu resepi kejayaan untuk menerajui institusi pendidikan awal kanak-kanak. Usaha ini bukan main-main. Kenapa? Ia merupakan usaha membentuk satu generasi pewaris negara. Generasi yang bakal menjaga kedaulatan negara dengan ekonomi yang maju dan utuh.
Di sinilah peranan pengusaha-pengusaha TADIKA. Membawa misi yang satu, yang sangat mulia iaitu membentuk dan melengkapkan anak-anak kecil dengan satu pakej yang lengkap. Menjadikan khalifah yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.