fbpx

5 Langkah Mengenalkan Sedekah Kepada Anak

Dalam Islam begitu banyak amalan yang dapat diajarkan kepada sang buah hati sejak kecil lagi, salah satunya adalah sedekah. Kenapa sedekah itu penting? Kerana dengan bersedekah kita telah berbagi kepada orang yang memerlukan dan sedekah adalah salah satu bentuk rasa syukur kita kepada Allah.

Berikut cara mengenalkan sedekah kepada anak :

1. Hidup di dunia tidak sendiri.

Ajarkan kepada anak bahawa manusia selalu memerlukan bantuan orang lain sejak lahir hingga maut menjemput. Oleh kerana itu penting untuk mengajarkan anak agar memiliki rasa peduli serta memikirkan orang lain.

2. Banyak orang yang bernasib kurang baik.

Mengunjungi pusat kebajikan dapat menjadi salah satu alternatif untuk bertemu langsung dengan rakan-rakannya yang kurang bernasib baik. Hal ini akan menimbulkan rasa ambil berat kepada orang lain dan juga menanamkan rasa syukur pada anak-anak.

3. Mengajak pergi ke masjid.

Masjid menjadi tempat yang tepat untuk dijadikan acuan dalam kegiatan bersedekah atau berzakat. Orang tua dapat mengajak anak pergi ke masjid serta menjelaskan apa itu sedekah dan zakat secara sederhana.

4. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Ajak anak untuk menyimpan pakaian ataupun mainannya agar dapat diberikan kepada anak-anak lain yang memerlukan. Pada tahap ini anak juga sekaligus diajarkan untuk selalu mengatur apa yang sudah dimiliki.

5. Buat tabung sendiri untuk sedekah.

Setelah melakukan cara-cara diatas, ajak anak membuat berkarya bersama di rumah dengan membuat tabung sedekah. Hal ini bertujuan agar anak lebih bermotivasi menyimpan duit perbelanjaan yang dimilikinya dan harapannya melalui tabung tersebut maka semangat bersedekahnya tidak pernah pudar.

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *