fbpx

5 Kebaikan anak-anak menyertai aktiviti sukan yang ibu bapa perlu tahu

Kanak-kanak sukakan aktiviti di luar yang dapat menggerakkan tubuh badan dan melonggarkan segala otot sendi dengan sempurna. Baik, anak lelaki atau perempuan, kalau dapat keluar bermain di padang, dunia itu bagaikan mereka yang punya. Senyum sampai telinga masing-masing.

Sukan adalah suatu riadah. Secara definisinya, sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.

Terdapat beberapa kepentingan ataupun kebaikan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak. Antaranya ialah :

1) Perkembangan Motor Halus dan Kasar

Perkembangan kedua-dua motor ini sangatlah penting kepada pertumbuhan kanak-kanak. Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otak yang bekerja secara bersama.

2) Daya Pemikiran Kreatif

Sukan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mencabar daya pemikiran mereka. Kanak-kanak dapat bertindak dan menyelesaikan masalah dengan kreatif dalam linkungan batas-batas kemampuan diri sendiri dan masa yang telah diberikan. Itu baru suatu cabaran yang menarik!

3) Sikap Kerjasama

Sifat kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain dapat dibentuk melalui acara sukan. Tiada istilah menang seorang diri dalam dunia hari ini. Semua perkara memerlukan kemahiran bekerjasama untuk sampai ke puncak yang diidam semua.

4) Disiplin

Sukan membentuk displin dan personaliti diri. Latih tubi demi latih tubi dalam suatu rutin sukan yang digemari bakal membuatkan anak itu bertanggungjawab mematuhi arahan dan displin terhadap diri sendiri.

5) Keyakinan Diri

Paling penting ialah semangat percaya pada kebolehan diri sendiri. Sukan mampu melonjakkan jati diri seseorang pelajar apabila setiap tugasan telah diselesaikan dengan sempurna. Ibu bapa juga melonjak gembira!

Pendaftaran Greenie Kids Partner Run telah dibuka. Klik di sini untuk dapatkan yuran early bird. Promosi hanya sebulan sahaja(8 September 2018 – 8 Oktober 2018). Jangan lepaskan peluang tau! Jom Have fun sambil jalani gaya hidup sihat bersama keluarga tersayang 😉

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *