fbpx

RISAU TENTANG KESELAMATAN ANAK-ANAK ANDA DI RUMAH?

ADAKAH ANDA RISAU TENTANG KESELAMATAN ANAK ANDA WALAUPUN KETIKA BERADA DI DAPUR??

INILAH TIP KESELAMATAN YANG ANDA PERLU TAHU.
MARILAH KITA SAMA-SAMA AMALKAN TIP INI UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

Semasa kita berada di dapur, anak kita semestinya memanggil kita untuk bermain dan meminta mengambilnya untuk dibawa ke dapur.

• Elakkan dari membawa anak ke dapur

• Memasang pagar untuk menghalang anak anda pergi ke dapur tanpa kita sedari

• Pagar tersebut sentiasa berkunci

• Simpan peralatan tajam supaya tidak mudah dicapai oleh anak-anak

• Memasang penghalang di setiap cabinet, laci dan pintu

• Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita pelekat.

• Pasang penghadang di dapur memasak bagi menghalang kanak-kanak dari menyentuh api atau permukaan panas. Gunakan penutup tombol supaya kanak-kanak tidak boleh menyalakan api.

• Jauhkan makanan dan minuman panas dari hujung meja

• Buang beg plastik dengan serta merta, ikat sebelum membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil

• Alas meja yang berjuntai boleh ditarik dengan mudah dan apa-apa barang di atas meja boleh jatuh menimpa bayi. Anda boleh menggunakan kepit dengan penyepit atau klip jika anda mahu menggunakan alas meja

• Simpan detergen pembasuh pinggan dan bahan pencuci toksik yang lain dalam bekas asal, jauhkan daripada kanak-kanak.

Suka tak dengan tip yang kami kongsikan ini? kalau suka, jom share untuk kawan-kawan yang lain ??. Jangan lupa terus ikuti kami untuk mendapatkan tips yang lain.

#BAMBINI
#bambinilittlegreenhome
#Aulad
#Auladeducationnetwork

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *