INILAH TIP KESELAMATAN YANG ANDA PERLU TAHU.
MARILAH KITA SAMA-SAMA AMALKAN TIP INI UNTUK KEBAIKAN BERSAMA??
1. Jika anak-anak masih kecil, amatlah tidak digalakkan memasang tingkap kaca besar.
• Pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan kedudukan kaca kekal di tempatnya
2. Pasang kunci keselamatan di tingkap untuk keselamatan anak-anak
• Pasang jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak mereka membukanya.
• Jika pasang jeriji, pastikan bentuknya lurus bagi mengelakkan mereka memanjatnya.
• Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran jendela bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji.
3. Langsir yang bersesuaian dengan kanak-kanak
• Langsir elakkan labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang saja.
4. Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.
5. Katil anak-anak juga memain peranan dalam keselamatan
• Pasangkan rel keselamatan di tepi katil jika kanak-kanak tidur di atas katil setinggi lebih 30 meter dari lantai .
• Letak katil di penjuru sudut yang dipagari dinding sebagai langkah keselamatan tambahan.
6. Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.
• perabot dalam bilik kukuh dan tidak mudah digerakkan. Jika boleh, susun peti penyimpanan barang, rak buku dan almari rapat ke dinding
#BAMBINI
#bambinilittlegreenhome
#Aulad
#Auladeducationnetwork