fbpx

Sedar tak yang sebenarnya ramai tak tahu apa beza TASKA dan TADIKA?

1. Apakah Itu Taska?
 TASKA adalah singkatan kata dari
Taman Asuhan Kanak-Kanak. Taska boleh didefinisikan sebagai“mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun kebawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah.” TASKA adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Tujuan TASKA diadakan adalah untuk membantu ibubapa menjagaanak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan Taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
2. Apakah Itu Tadika?
 Tadika adalah singkatan daripada Taman Didikan Kanak-kanak. Tadika boleh didefinasikan sebagai “mana – mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.” Penubuhan Tadika swasta perlu didaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta. Oleh yang demikian semua hal berkaitan dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).
3. Tips Untuk Perniagaan Taska & Tadika
Pendaftaran
– Taska perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Tadika berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
 
Persekitaran yang bersih dan selamat
– Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar Taska atau Tadika pada tahap yang memuaskan
 
Lokasi
– Sila pilih lokasi Taska atau Tadika yang strategik, mudah untuk dilihat dan dikunjungi
 
Warna
– Perlulah memilih tema warna yang sesuai dan ceria untuk Taska & Tadika bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak
 
Program & aktiviti yang berkualiti
– Sila pastikan program yang ditawarkan memberi pendedahan yang baik kepada proses awal pendidikanpembelajaran kanak-kanak
 
Insuran
– Adalah digalakkan Taska atau Tadika menyediakan skim insuran kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka
 
– Sebaik-baiknya Taska atau Tadika menyediakan program pelajaran asas fardu ain & iqra’
 
Perkhidmatan Pengangkutan –
Taska atau Tadika yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan sendiri akan lebih digemari oleh ibubapa kerana memudahkan mereka
 
Promosi –
Promosi yang berterusan adalah sangat penting bagi memastikan bisnes Taska &Tadika mampu bersaing dan sebagai media informasi kepada para pelanggan.
Jika ibu bapa ingin mencari taska dan tadika untuk menghantar anak-anak bolehlah menghubungi customer service Greenie Kids di nombor 010-4586162 / 010-4596162.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.greeniekids.com.my
ATAU
Follow facebook kami di https://www.facebook.com/greenie.kids.hq/

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *