fbpx

Checklist! Ini barang yang perlu ada kalau nak bawa anak keluar rumah untuk cegah wabak HFMD

Baru-baru ini viral seorang kanak-kanak di Sarawak dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Hasil siasatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, kanak-kanak berusia 2 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dan bukan berpunca akibat jangkitan HFMD virus walaupun pesakit mempunyai penyakit tersebut pada masa yang sama.

Penyakit HFMD virus kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya. Namun sekiranya dibiarkan, kanak-kanak yang menderita akibat HFMD virus akan mengalami dehidrasi kekurangan air dan komplikasi yang lain. Bagi ibu bapa mestilah mengelak dari membawa anak-anak keluar dari rumah dan kurangkan terdedah pada tempat yang terbuka. Namun, bagi ibu bapa yang terpaksa membawa anak-anak keluar di atas urusan yang penting, mungkin ibu bapa boleh ikut tips yang kami sediakan ini.

Berikut adalah checklist barang keperluan asas semasa nak bawa anak keluar dari rumah untuk mengelak dari wabak HFMD:

1.Antibacterial wipes for skin. Ini adalah barang yang wajib ada dalam beg anak-anak. Ia boleh digunakan untuk lap meja makan, kerusi, troli atau di kawasan anak-anak.

2. Hand Sanitizer untuk kanak-kanak. Barang kedua terpenting, sapukan ke tangan anak-anak sebelum dan selepas bermain atau keluar dari kawasan yang telah dilawati.

3. Gel Aloe Vera 100. Untuk pelbagai kegunaan, ianya membantu menurunkan suhu badan anak anda sekiranya didapati demam.

4. Hansaplast. Boleh digunakan untuk menampal / pembalut luka ketika berlaku kemalangan kecil contohnya ketika anak-anak bermain dan jatuh.

5. Minyak angin freshcare. Untuk kegunaan ketika anak-anak sakit perut / kembung perut atau selsema.

6. Sapu tangan / napkin

7. Ekstra lampin pakai buang. Untuk kegunaan anak-anak jika membuang air kecil atau besar.

8. Ekstra satu set pakaian.

Jadi, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk membawa anak-anak keluar rumah lagi. Semoga tips ini bermanfaat untuk mummy’s and daddy’s di luar sana. Didoakan semoga semua anak-anak didik Greenie Kids berada dalam keadaan sihat walafiat dan terhindar dari sebarang penyakit yang berjangkit. Aminn..

 

#taskabangi
#tadikabangi
#greeniekids
#playschool
#preschool
#sekolahrendahislam
#sekolahkafa

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *