fbpx

8 Tips Elak Anak Meragam Sepanjang Menyambut Hari Raya Aidiladha ni!

Hari Raya Aidiladha bakal tiba tak lama lagi, mesti semua persiapan dah lengkap kan? Ada yang balik kampung jauh dan ada juga kampung hanya dekat sahaja. Bila dah musim perayaan ni, tradisi kunjung-mengunjugi sanak-saudara dan rakan-taulan ini akan ‘hidup’ semula. Tetapi untuk ibubapa di luar sana, walaupun seronok pergi beraya tu, jangan lupa pula dengan penjagaan anak-anak yang masih kecil ni. Penting untuk anda memberi perhatian yang lebih kepada mereka kerana kita nak elak situasi MERAGAM! Jadi, ini 8 cara untuk anda elak adegan ragam-meragam ini berlaku ketika beraya. Penting ni!

1. PASTIKAN ANAK TIDAK MERASA LAPAR

Nama pun sambut Hari Raya Aidiladha, memang pelbagai juadah yang boleh kita dapati. Tetapi ibubapa kena ingat, bila beraya dengan anak-anak kecil ni, bukan semua makanan yang mereka boleh makan tau. Oleh itu, tips pertama untuk elak anak meragam ketika beraya adalah dengan memastikan anak-anak makan dengan secukupnya sebelum keluar beraya tu. Kalau anak masih bawah 6 bulan, pastikan mereka dapat menyusu mengikut waktu yang seperti biasa.

2.TIDUR YANG MENCUKUPI

Tidur memainkan peranan yang penting ketika berhari raya. Kalau hari-hari biasa pun, jika anak-anak tak dapat tidur yang cukup pun mereka akan meragam, apatah lagi ketika penat beraya. Jadi, amat penting untuk ibubapa pastikan anak-anak mendapatkan tidur yang secukupnya pada malam hari supaya mereka akan kekal bertenaga pada waktu siang. Untuk anak-anak yang masih bayi, pastikan anda menyediakan ‘carseat’ supaya anak mudah nak tidur dalam kereta nanti.

3. ELAK MEMAKAI PAKAIAN YANG TERLALU TEBAL

Bila nak sambut Hari Raya Aidiladha, ibubapa mesti nak anak-anak nampak cantik dan bergaya kan? Tetapi, tunggu dulu. Jangan sampai berlapis-lapis pula pakaian mereka. Maklumlah, nak beraya ni bukan sepanjang masa berada di tempat yang teduh, ada masanya kena berjalan jauh dan berada di tempat yang sesak juga. Lebih baik untuk memakaikan anak-anak dengan pakaian dari material kain yang sejuk supaya kulit mereka mendapat pengaliran udara yang baik. Tak ada lah asyik nak menangis mengadu panas je.

4. SEDIAKAN MAINAN YANG SEPATUTNYA

Cara keempat untuk elak anak meragam ketika menyambut Hari Raya Aidiladha adalah dengan membawa barang mainan kegemaran mereka. Tapi, bukan bawa satu raga mainan tu ya, bawa salah satu yang menjadi kegemaran mereka sahaja. Cara lain adalah dengan menggunakan ‘tablet’ atau telefon pintar. Jangan pula terlampau lekakan anak dengan asyik menunjukkan paparan kartun sahaja, sebaliknya gunakan paparan pembelajaran untuk tontonan mereka. Sambil beraya, sambil belajar juga.

5. BAWA MINYAK ANGIN BERSAMA

Haa, ini penting untuk ibubapa bawa kemana sahaja anda pergi. Bila dah makan banyak, mulalah perut nak meragam kan? Jadi, anak-anak pun mula nak menangis mengadu sakit perut. Salah satu cara untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan menggunakan minyak angin. Bukan sahaja boleh digunakan dekat anak-anak je, kita sendiri pun boleh guna. Jangan lupa dapatkan pelbagai jenis minyak angin di pasaran ya!

6. LETAKKAN ANAK DI BILIK YANG TIDAK PANAS

Apabila sudah sampai di kampung halaman setelah selesai menyambut Hari Raya Aidiladha, kalau ada anak yang masih kecil, letakkan mereka di dalam bilik yang tidak panas. Tidak semestinya bilik tersebut perlu berhawa dingin, tetapi seelok-eloknya mestilah mempunyai pengaliran udara yang bagus. Bila panas, anak-anak akan cepat meragam dan terganggu juga lah proses beraya kita. Sudahlah penat beraya, sampai di rumah nak kena layan anak lagi kan. Kalau anak menrungut panas ketika berada di rumah orang beraya pun, cuba minta izin tuan rumah untuk rehatkan anak di dalam bilik yang tidak panas.

7. BAWA LAMPIN PAKAI BUANG LEBIH

Ibubapa kena ingat yang ini, iaitu untuk bawa lampin pakai buang atau ‘diapers’ lebih! Kalau lampin ni tak bawa lebih, susahlah untuk anda meneruskan perjalanan untuk beraya nanti. Bukan sahaja lampin, baju lebih pun kena bawa juga jika kes-kes kecemasan berlaku. Penting juga untuk para ibu di luar sana untuk sentiasa ‘check’ lampin anak penuh atau tidak. Jangan terleka ya ketika bersembang tu.

Oleh itu, sebagai ibu bapa yang bijak kita mestilah tahu dan pandai menguruskan anak-anak walau dimana jua mereka berada. Ini adalah kerana bila anak kita gembira dan selesa, ibu bapa juga turut senang hati 🙂

Pihak Greenie Kids ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam dan semoga kita semua dirahmati Allah SWT.. Aminn..

p/s: yang balik kampung tu hati-hati di jalan raya ye.Ingatlah orang yang tersayang 🙂

 

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *